Halaman

28 Julai 2015

Barisan Kabinet 2015 yang baru diumumkan oleh PM Najib Razak sebentar tadi

Barisan Kabinet 2015 yang baru diumumkan oleh PM Najib Razak sebentar tadi

Barisan Kabinet 2015 yang baru diumumkan oleh PM Najib Razak sebentar tadi

Najib Razak - Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan

Mah Siew Keong - Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Idris Jala - Menteri di Jabatan Perdana Menteri
 Joseph Kurup - Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Joseph Entulu Anak Belaun - Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Dr. Shahidan Kassim - Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Paul Low Seng Kuan - Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Nancy Shukri - Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Abdul Wahid Omar - Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Wee Ka Siong - Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Azalina Othman Said - Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Jamil Khir Baharom - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
Dr. Asyraf Wajdi Dusuki - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
Razali Ibrahim - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Chua Tee Yong - Timbalan Menteri Kewangan
Johari Abdul Ghani - Timbalan Menteri Kewangan

Ahmad Zahidi Hamidi - Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri
Nur Jazlan Mohamed - Timbalan Menteri Dalam Negeri
Tuan Masir Anak Kujat - Timbalan Menteri Dalam Negeri

Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah - Menteri Kewangan II

Liow Tiong Lai - Menteri Pengangkutan
Ab Aziz Kaprawi - Timbalan Menteri Pengangkutan

Dr. S. Subramaniam - Menteri Kesihatan
Dr. Hilmi Yahaya - Timbalan Menteri Kesihatan

Mohamed Nazri Abdul Aziz - Menteri Pelancongan dan Kebudayaan
Mas Ermieyati Samsudin - Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan

Hishammuddin Tun Hussein - Menteri Pertahanan
Mohd Johari Baharum - Timbalan Menteri Pertahanan

Mustapa Mohamed - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Ahmad Maslan - Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

Dr. Maximus Johnity Ongkili - Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Dr. James Dawos Mamit - Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air

Amar Douglas Uggah - Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi
Moriah binti Kasnon - Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi

Shabery Cheek - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
Tajuddin Abdul Rahman - Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

Ismail Sabri Yaakob - Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Alexander Nanta Linggi - Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Ahmad Jazlan Yaakub - Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

Anifah Aman - Menteri Luar Negeri
Reezak Merican - Timbalan Menteri Luar Negeri

Wilfred Madius Tangau - Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
Abu Bakar Mohamad Diah - Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi

Rohani Abdul Karim - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Azizah binti Mohd Dun - Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Chew Mei Fun - Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Fadillah Yusof - Menteri Kerja Raya
Rosnah Abdul Rashid Shirlin - Timbalan Menteri Kerja Raya

Richard Riot Anak Jaem - Menteri Sumber Manusia
Ismail Abd. Muttalib - Timbalan Menteri Sumber Manusia

Tengku Adnan Tengku Mansor - Menteri Wilayah Persekutuan
Dr. Loga Bala Mohan A/L Jaganathan - Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan

Idris Jusoh - Menteri Pengajian Tinggi
Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin - Timbalan Menteri Pengajian Tinggi

Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Menteri Belia dan Sukan
Saravanan A/L Murugan - Timbalan Menteri Belia dan Sukan

Abdul Rahman Dahlan - Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Halimah Mohd Sadique - Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Hamzah Zainudin - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Ahmad Bashah Md Hanipah - Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

Wan Junaidi - Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar
Hamim Samuri - Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar

Mahdzir Khalid - Menteri Pendidikan
P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan - Timbalan Menteri Pendidikan
Chong Sin Woon - Timbalan Menteri Pendidikan

Mohd Salleh Keruak - Menteri Komunikasi dan Multimedia
Jailani Johari - Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia

Ong Ka Chuan - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II

Sumber : FB Friends Of BN - Barisan Nasional

Kenyataan Media

25 Julai 2015

Assalamualaikum shortnote kuliah maghrib Ustaz Azhar Idrus di Surau Ladang KT.


Assalamualaikum shortnote kuliah maghrib Ustaz Azhar Idrus di Surau Ladang KT.
Kitab fatwa mufti johor

1. Siapakah Nabi Khaidir?

Menurut ulamak2 ahli sunnah wal jamaah Nabi khidir tidaklah sampai kpd rasul,jadi nabi khidir mmg seorang nabi,khidir ni bermaksud hijau,kite ni byk dok tahu nama sebenar imam imam,imam mazhab 4 pun kite xtahu nama sebenar mereka pasal ape jadi gtu?Pasal kite dok ngaji,ce kite ngaji agama mcm kite ngaji di skoloh sapa ke nabasiti berbelas tahun?Panda dok?Mestilah panda sbb tu jangan berasa kite cerdik sbb kite banyok bodo dlm bab akhirat.Nabi khidir ni nama sebenarnya Balya bin mulka dpt gelaran khidir krn bile dia pijak rumput itu menjadi warna hijau,Nabi Khidir jugok merupakan guru kpd rasul iaitu guru kpd nabi Musa as.Dan menurut pandangan sstgh ulamak kata Nabi Khidir masih hidup krn tiada disebut kematiannya dlm riwayat hadis,dan stgh ulamak lagi mengatakan Nabi Khidir sudah meninggal dunia krn mengikut uruf adat adat umur manusia.Boleh pakai belaka.Tp kalu Nabi Isa ade disebut dalam quran dan hadis bahawa dia masih hidup.Yang mengatakan Nabi Isa wafat ni henye org kristian yahudi,kisahnye begini mula2 xramai yg ikut Nabi Isa,tp bile dah ramai pengikut mereka nk bunuh Nabi Isa hingga dipaku pd kayu salib lalu Allah tukar anak murid Nabi Isa yg jd tali barut yahudi tu dgn Nabi Isa yg mirip mukanya dgn Nabi Isa maka disalib anak murid nabi isa yg belot ni di batang salib hingga mati lalu mereka pun pcaya bahawa Nabi Isa sudah mati.Sedang Nabi Isa sepakat ulamak wajib beriktiqad masih hidup dan akan turun dibumi di akhir zaman nanti.

2. Apakah org yg sudah dihukum di dunia dia akan terlepas di akhirat?
 - Jawabnye bile sudah dikenakan hukuman menurut hukum syarak dia akan lepas di akhirat tp bile dihukum tanpa ikut syarok dia tetap akan dihukum di akhirat nanti.Kalau orang yg xkena hukuman didunia diakhirat nanti dia akan bebas jika mase didunia dia telah bertaubat kpd Allah.Jadi yg pentingnya pokok pangkal kene taubat kpd Allah walau buat jahat tp xkene tangkap dia wajib taubat kalu xtaubat dia tetap akan dihukum diakhirat nanti.Byk mana pun dosa mu tetap Allah ampun dalilnye tgk para sahabat sebelum islam byk sgt maksiat dan dosa tp Allah terima je taubat mereka.

3. Seorang rakan saya berbangsa cina yg beragama budha dan dia telah masuk islam, lepas masuk islam dia nak buat kenduri arwah utk ibubapanya yg telah mati dalam buddha,boleh ke?
 - Jawab mufti Johor bahawa mengadakan kenduri ni asalnya harus,krn kenduri ni bermaksud beri makan,arwah ni pulok bahasa arab,bermaksud roh.Hukum mengadakan kenduri arwah pulak bdoa utk simati asalnye jgk boleh tp bialah kene dgn masa,mslh org cina ni ibubapanya mati lama dah dan mati dalam kafir,hukumnya haram kite mendoakan keampunan Allah kpd org kafir,berdoa boleh tp xleh doakan keampunan dan doa masuk syurga krn Nabi larang,dlm hadis soheh Nabi Muhammad telah ditegur olih Allah krn meminta keampunan drpd Allah atas kematian bapa saudaranya yg mati dlm kafir,Allah kata tu bukan kerja buat mu,jadi nok doa boleh tp doa la bende yg tak dilarang cth mtk dia panjang umur supaya sempat masuk islam,itu tak salah.


Soal Jawab

1. Istikhoroh ni molek dok buat solat sunat?
 - Molek la buat solat sunat krn istikhoroh ni apabila kite buntu utk buat pilihan mana yg lebih baik,cara solat mudah je niat solat sunat istikhoroh dan mintaklah doa dgn Allah,kalau buat tgh malam dan selepas tdo pun ulamak kata ia jgk dikire solat tahajud tp kalu kite niat tahajud ianya jd tahajud tp kalu xniat tahajud ia boleh jd tahajud walaupun solat istikhoroh waktu tu.Jadi istikhoroh ni bukan mesti dpt tahu lalu keputusan tp kebiasaannya mari rasa lapang dan masalah pun kurg itu adalah tanda tanda kemungkinan.

2. Cara baca surah alkahfi mcmana?
 - Sebaik baca al quran ialah habis satu surah,bacalah waktu malam pun waktu siang jumaat pun tetap boleh fadhilat cerah kubur.Baca separuh separuh malam separuh siang separuh pun boleh xdok mslh.

3. Boleh tak nk g jalan raya di waktu malam?
 - Boleh xdok mslh subuh pun boleh tp jgn nyusah tuan rumah,ni gok mari raya duduk lama lama xleh la xdok adab namanya duduk skjap2 doh la tuan rumah nk buat kerja lain plok.

4. Boleh x buang kucing di rumah orang sbb xmampu nk bela?
 - Boleh buang tp jgn bubuh dlm rumah org,buanglah ditempat yg dia boleh cari makan dgn baik.Ni buang tgh jalan abih mapuh kucing.

5. Ape hukum g surau yg cepat siap solat terawih?
- Boleh xdok mslh yg makhruhnye sengaja cari surau pendek2 masa sbb xmau bdiri lama2 utk mengadap Allah itu makhruh tp jika dia ade kerja nk cari surau yg cepat habis xdok mslh.

6. Boleh tak nk tukar nazar sebelum permintaan ditunaikan olih Allah?
- Boleh tp biarlah setaraf kalu nazar nk beri makan seekor kambing pd org ramai biarlah lebih baik atau setaraf xleh tukar kpd beri makan seekor ayam krn makin rendah nazar itu.Kalu seekor kuda boleh sbb lebih besar lebih baik.

7. Bile belajar berasa koho banyak dok betul solat kite nie,mcmana ni sah tak solat kite ni?
- Baguslah kalu terus berasa tak betul mudah mudahan kite usaha utk perbetulkan kesalahan kita dan solat kita sah xdok mslh.

8. Solat subuh 3 rakaat bile sedar rakaat ketiga tu nk buat mcmana?
- Bile sedar wajib habiskan solat cth tgh bace fatihah rakaat ketiga bile sedar je wajib henti dan terus turun habiskan solat kalu sengaja sambung ayat Al Fatihah tu batal solatnya.

9. Apakah hukum menghadiahkan al fatihah kpd org yg mati bunuh diri?
- Org mati bunuh diri ni dosanya sangat besar dan lama dia dineraka dan jika dia islam boleh kite sedekah al fatihah yg takleh sedekah al fatehah pd org kafir.

10. Raya baru ni ade masjid takbir raya aidilfitri selepas solat jumaat boleh ke?
- Raya aidilfitri ni waktunye masuk 1 syawal hingga org selesai solat hari raya tp dia g takbir pulok lepas jumaat jd hukumnya ialah bidaah tak berdosa cuma perbuatan itu menyalahi yg lebih utama khilaful awla.

Walllahua"lam semoga perkongsian ini bermanfaat pakat share dari page koleksi shortnote kuliah ustaz azhar idrus deh

9 Julai 2015

Anda Perlu Tahu Hukum Pelaburan di ASB, ASN dan Seumpamanya



Amanah Saham Bumiputera
Di Selangor hukum pelaburan di ASB, ASN dan seumpamanya adalah seperti berikut:

“Setelah meneliti setiap pandangan ahli mesyuarat dan hujah-hujah yang dikemukakan, maka Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke 2/2011 yang bersidang pada 12hb. April 2011M bersamaan 8 Jumadal Ula 1432H telah bersetuju memutuskan bahawa Pelaburan Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Seumpamanya adalah tidak halal kerana masih belum menepati hukum syarak dengan alasan seperti berikut:-

1.       Skim Amanah Saham Nasional ( ASN ) dan Amanah Saham Bumiputera ( ASB ) secara jelas terlibat dalam aktiviti pelaburan yang bercampur-campur antara patuh syariah dan tidak patuh syariah sebahagian besarnya adalah daripada sektor kewangan konvensional. Ini berdasarkan hadis riwayat Jabir Al-Ja’fi daripada Ibnu Mas’ud
Maksudnya : “ Tidak bercampur antara yang halal dan yang haram, melainkan mengalahkan yang haram atas yang halal . ” 

2.       Skim Amanah Saham Nasional ( ASN ) dan Amanah Saham Bumiputera ( ASB ) diklasifikasikan sebagai dana unit amanah tidak patuh syariah oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti kerana terlibat dalam pelaburan tidak lulus syariah iaitu pelaburan dalam kaunter perbankan konvensional berteraskan faedah melalui Maybank dan pasaran wang.

3.       Sumbangan kepada tidak patuh syariah adalah terbesar yang tidak bertepatan dengan kehendak syarak serta kadar yang berubah-ubah ini menyukarkan pelabur untuk membuat pembersihan terhadap hasil dividen.”

Pelaburan ASB, ASN dan seumpamanya di syarikat konvensional adalah seperti berikut:

a.       Malayan Banking Berhad 28.49%
b.      Fraser & Neave Holdings Berhad 0.95%
c.       PNB Structured Investment Fund 0.87%
d.      British American Tobacco (Malaysia Berhad) 0.78%

Sehingga kini, semua dana amanah di bawah PNB tidak diklasifikasikan mematuhi syariah. (Rujuk:http://www.sc.com.my/eng/html/resources/stats/UTF.pdf dan http://1.bp.blogspot.com/_ScCQP38N_8s/SaaC0dNnKzI/AAAAAAAAAGY/90eEs82YdRs/s1600-h/ASB2.JPG). Jika menurut kayu ukur (benchmark) peratusan pelaburan haram dalam sesebuah syarikat yang dibuat oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti hendaklah pada kadar yang minima dan boleh dimaafkan. Walau bagaimanapun, jumlah pelaburan ASB, ASN dan seumpamanya itu telah melebihi daripada tanda aras yang dibenarkan dan sudah menjadikan pelaburan haram menguasai dana pelaburan ASB. Ini menyebabkannya menjadi haram.

Bagaimanapun satu aspek kritikal yang perlu juga diambil kira dalam mengesahkan pelaburan ASB ialah berkenaan aspek akad pelaburan yang digunakan. Adakah ia mudabarah atau musyarakah atau apa? dan jika mudarabah, perlu diingat bahawa jika akadnya tidak sah dari sudut syara’ maka seluruh pelaburan adalah batal tanpa mengira dalam industri halal atau haram ia dilaburkan.

Maka setelah dirujuk ke PNB dan buku prospektus ASB kita dapati bahawa termaktub bahawa modal (capital) pelaburan ASB adalah di jamin oleh PNB yang bermakna syarat dalam akad pelaburan ini telah bercanggah dengan syarat pelaburan Mudarabah dalam Islam.

Menurut mazhab Syafie, akad pelaburan tadi adalah batal. Malah modal pelaburan tidak boleh dijamin oleh pihak yang menguruskan pelaburan juga di fatwakan oleh Majma’ Fiqh Islami atau OIC Islamic Fiqh Academy dalam konvensyen ke-9 yang mana telah diputuskan bahawa jaminan modal hanya dibenarkan jika ia datang dari pihak ketiga. Dan dengan syarat ia tidak dimasukkan di dalam kontrak mudarabah.

Adakah perkara ini dipelihara oleh ASB? tidak sama sekali kerana mereka langsung tidak mempunyai Penasihat Syariah. Secara mudahnya, untuk mengenalpasti sesuatu institusi kewangan itu mematuhi syariah atau tidak, sila rujuk sama ada institusi itu mempunyai panel Penasihat Syariah ataupun tidak. Sepatutnya jika Malaysia ingin menjadi Global Islamic Banking and Finance Hub, sebagaimana diwarwarkan, PNB harus diislamisasikan terlebih dahulu. Gunakan konsep mudarabah dalam pelaburan mereka dan melabur di kaunter halal sahaja.

Ada banyak lagi kaunter halal untuk melabur walaupun kurang sikit dividen, biar halal dan berkat walaupun sedikit, daripada banyak tapi haram dan merosakkan kehidupan kita.

Amanah Saham Nasional Berhad
Persoalan

a.       Bagaimana dengan kedudukan orang Islam yang telah menyertai dan membuat pelaburan ASB, ASN dan seumpamanya?

Kedudukan orang Islam yang telah menyertai dan membuat pelaburan ASB ini sekiranya mereka telah diberitahu bahawa pelaburan ASB tersebut adalah haram, maka mereka hendaklah meninggalkan ASB dan menyertai dana-dana amanah lain yang mematuhi syariah. Sekiranya mana-mana umat Islam yang tahu tetapi tidak meninggalkan ASB tersebut maka mereka telah melakukan dosa yang melibatkan diri mereka dengan riba.

Sebagaimana Firman Allah SWT yang bermaksud: “Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.” (Surah Al-Baqarah: 275)

b.       Adakah mereka perlu mengeluarkan semua duit yang ada dalam akaun ASB mereka?

Ya, mereka perlu mengeluarkan kesemua duit yang ada dalam ASB tersebut meliputi wang pokok, dividen, pelarasan dan bonus tahunan. Menurut Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradawi dalam kitabnya Fatawa Mu’asirah, beliau telah memutuskan bahawa wang-wang faedah yang diperolehi secara haram adalah haram secara yakin untuk ditinggalkan begitu sahaja di dalam akaun-akaun konvensional.

Sekiranya tidak dikeluarkan, ia seolah-olah seperti menolong bank-bank atau institusi kewangan konvensional tersebut menggunakan wang-wang faedah yang ditinggalkan itu untuk tujuan yang bertentangan dengan hukum syarak.

c.       Adakah kesemua wang-wang yang disimpan dalam ASB itu menjadi haram?

Tidak, yang haram adalah faedah atau bonus yang terhasil daripada simpanan pokok tersebut. Wang pokok adalah tidak haram.

d.      Bagaimana dengan kedudukan wang-wang ASB tersebut?

Kedudukan wang-wang tersebut adalah seperti berikut:
i.                     Wang pokok yang disimpan adalah tidak haram dan boleh digunakan untuk kegunaan peribadi dan keluarga serta boleh dipusakai.
ii.                   Wang faedah, pelarasan, bonus atau apa-apa sahaja tambahan yang terhasil melalui penyimpanan tersebut adalah haram dan dianggap sebagai riba, tidak boleh digunakan untuk tujuan peribadi, keluarga dan kepentingan sendiri serta tidak boleh dipusakai. Wang tersebut hendaklah disalurkan kepada Baitulmal bagi tujuan maslahah umum.

e.      Adakah pekerja perbankan akan terus menawarkan pakej ASB ini sebagai produk di bank mereka?

Ya, dan kemungkinan masih ada oleh sebab fatwa di peringkat kebangsaan mengharuskannya. Pada masa yang sama pekerja perbankan tersebut tidak diperjelaskan secara lengkap berkenaan kedudukan ASB dan seumpamanya tersebut di negeri Selangor. Oleh yang demikian, mudah-mudahan penerangan ini mampu memperjelaskan anda dan sampaikan kepada mana-mana umat Islam.

f.        Bagaimana dengan mereka yang telah membuat pinjaman ASB? Mereka sudah terikat dengan perjanjian dan bagaimana dengan kedudukan mereka?

Sesuatu yang sukar bila mana transaksi konvensional telah dilaksanakan antara anda dengan pihak bank yang menggunakan instrumen pinjaman ASB. Oleh itu, sekiranya anda boleh membatalkan perjanjian tersebut, maka hendaklah anda mengeluarkan wang tersebut daripada akaun ASB dan menyalurkan sebagaimana kaedah yang telah disebutkan di atas. Sekiranya perjanjian tersebut tidak boleh dibatalkan, maka anda hendaklah menghitung jumlah dividen atau faedah yang terhasil dalam pinjaman tersebut dan menyalurkan sebagaimana kaedah yang dinyatakan di atas juga iaitu diserahkan kepada Baitulmal bagi tujuan maslahah umum.

Wallahu a’lam.

INDERA SHAHRIL BIN MOHD SHAHID
Pengurus Harta Baitulmal
Majlis Agama Islam Selangor
Ting 9 & 10, Menara Utara
Bangunan Sultan Idris Shah,
40000 Shah Alam, Selangor
Tel:  603-5514 3570 (DL)
        603-5514 3773 (GL)
Fax: 603-5512 4042

8 Julai 2015

Peringkat Kehidupan Dan Matlamat Kewangan Anda!!

Dalam kehidupan ini, anda semua pastinya akan melalui peringkat kewangan dalam kehidupan dimana ianya bermula daripada memulakan kerjaya hingga persaaan, daripada seorang bujang sehingga berkahwin dan seterusnya mempunyai anak dan kadangkala juga membujang sekali lagi.
Peringkat Kehidupan Dan Matlamat Kewangan Anda!!


Di dalam fasa-fasa kehidupan, anda mempunyai keutamaan, tanggungjawab dan matlamat kewangan yang berbeza-beza. Setiap peringkat kehidupan anda mengemukakan peluang pelaburan dan cabaran yang amat berlainan. Disiplin dan ketabahan berperanan penting dalam memelihara stategi kewangan yang boleh dipercayai. Sambil kehidupan anda berubah, demikian juga keperluan dan matlamat anda. Perancangan kewangan yang sempurna membolehkan anda membuat persediaan untuk mencapai dengan jayanya.

Apabila berusia 20-an, anda akan dapat melihat perbelanjaan wang secara berbeza berbanding apabila berusia 50-an. Sebagai contoh, semasa anda bujang, anda mungkin ingin memiliki kewangan yang cukup untuk membuat bayaran muka sebuah kerata atau berkahwin atau bercuti bersama rakan-rakan. Selepas berkahwain, anda mungkin mahu membeli sebuah rumah. Selepas itu, apabila anda mempunyai anak, anda mungkin mahu merancang pendidikan mereka malah juga memulakan tabung persaraan.

Memandangkan keperluan anda berbeza-beza, keutamaan kewangan anda akan diselaraskan untuk memenuhi keperluan tersebut pada waktu yang berlainan dalam kehidupan anda. Maka, apa yang anda lakukan dengan wang anda sambil menempuh kehidupan dewasa bergantung pada matlamat kewangan anda.

Peringkat Kehidupan Dan Matlamat Kewangan Anda!!
Kita akan lihat bagaimana anda mampu mencapai matlamat kewangan anda dalam bab-bab yang berikut dalam post yang berikutnya. Walaubagaimana pun, adalah berfaedah untuk ditekankan di sini bahawa untuk mencapat matlamat kewangan, anda perlu untuk menabung dari sekarang.

7 Julai 2015

Bagaimana kami suami isteri gandakan wang kami Dari RM100 kepada RM20juta dalam masa kurang satu tahun?


Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan sentiasa diingatkan rezeki setinggi mana bukanlah hak kita.. kita hanya menumpang rezeki Allah..maka gunakanlah sebaiknya dan kongsilah walau secebis ilmu yg kita baca atau dengari atau pelajari atau lalui agar org paham bahawa x susah utk senang dan begitu senang utk susah. (Semoga kakfel terhindar dari riak) 
Felinna Nadea Ed Fattah

Jika status ini membawa kebaikan, kakfel izinkan anda share sebaiknya.
Salah satu adalah melalui sedekah- sebab semalam ada kisah mahu minta sedekah kakfel update tapi dh delete taknak malukan yg pm akk walaupun xda pon nama dia kat situ 😂rasa bersalah juga.
Kenapa ramai orang cakap sedekah itu membawa beribu ganjaran? 

Kakfel sendiri dulu bersedekah tapi tak fahami konsep, sedekah selain melalui keikhlasan perlu juga ada keyakinan yg kuat bhw wang kita sedang dilaburkan kepada benda yg lebih baik.

Ramai org rasa kena kaya baru sedekah atau ayat cliche "aku pun cukup2 makan macamna nak sedekah" 

Itu kesilapan! Student yg pernah belajar dgn kami selalu diberitahu bahawa kita nak minta apa2 kat Allah kita beri dulu- takda banyak beri sikit.


Contoh kami pernah buat ialah :
1) sebelum memulakan sesuatu plan, mesti kita risau akan risiko, jadi walau kami tak tahu jalan kami pilih tu berjaya atau tak.. kami mula kan dengan kenduri dulu. Apa2 jenis kenduri sama ada kenduri besar atau sekadar beli pisang goreng SEDEKAH ke jiran.


2) Kadang kakfel mmg akan selamber ja ambik semua duit sales butik dan SEDEKAH KAN secara mengejut tanpa dirancang. Fikir yg duit itu kakfel labur utk saham yg lebih besar.
Biarlah sales hari tu mencapai puluhan ribu.. ambik ja semua taknak pikir untung rugi, terus SEDEKAH .


3)Pergi kedai dan jangan ambik baki,kadang2 baki tu mungkin hanya 20sen tapi mungkin kerana ikhlas SEDEKAH baki berganda menjadi rm20ribu.

4)Nampak peminta sedekah selalu terdetik yg ini sindiket- kakfel selalunya akan usha dan kaji, tapi kalau peminta SEDEKAH tu menjual sesuatu, kakfel akan beli banyak2 dan balik tu fikirlah nak bagi sapa barang2 tu.

5)Selalu bayar lebih utk sesuatu perkhidmatan, contohnya ada org dtg cuci laman rumah, selalu org bayar cuma rm30 tapi kakfel mayb akan bagi lebih tanda SEDEKAH . 

6) Bantu orang tanpa minta apa apa bayaran. Contoh kakfel selalu buat, orang minta review ig n fb depa tanya harga kakfel cakap xmau, samada nak swap review atau kakfel upload free ja.. itu jugak SEDEKAH.

7) Kadang2 tengok kawan2 jual apa apa dan rasa macam nak beli tapi tak tau nak guna buat apa barang tu maka,SEDEKAH dengan cara share status mereka kat wall kita mana tahu ada kawan2 kita nak beli barang mereka.Atau biarkan ja kawan2 nak tag bisnes walau bisnes yg smaa.. anggap ja kita SEDEKAH ruang rumah kita utk mereka (ini selalu sgt2 buat).

8)SEDEKAH doa utk mereka yg menyakiti kita; kakfel pon nampak ja kental kdg2 makan hati gak ngan beberapa org yg selalu pertikai keikhlasan kakfel,penghijrahan kakfel dan apa dakwah kecil kakfel,nak lawan cakap n explain rasa macam dh xlarat..so kakfel doa ja banyak2.


Kakfel tak tahu nak buktikan macamna yg konsep ni semua mempengaruhi perjalanan hidup kakfel,yg pasti Allah permudah dalam banyak perkara. Rezeki diringankan dan menjadi cepat masuk dan berganda..semua yg kakfel plan menjadi dan paling utama kurang masalah terjadi...

Dari buat produk kecantikan felinna beauty kepada produk kesihatan ke bidang tekstil felinna dan raffel hingga ke bidang makanan kanak2 caliph sunnah supplement.. Siapa yg follow kakfel mesti perasan rezeki seakan dipermudahkan,kakfel percaya bukan sbb kakfel hebat , tapi sebab Allah tahu kakfel n suami yakin dengan DIA maka DIA bagi kmi tanggungjawab besar atas kejayaan hari ni.
Sedekah itu luas skop dia . Jadi kreatif dan yang penting .. pagi ni kakfel mulakan dengan sedekah ilmu! So uolls pon jom share ilmu bersama..agar semua usahawan ingat..nak kaya n berjaya bukan dengan marketing strategy semata.. #projekpikathatiAllah juga kena hadam n buat!

Tapi ingat yang utama niat sedekah ikhlas kerana Allah. 

Manusia xboleh baca hati kita.. tapi Allah tahu-

NANTI KAKFEL EXPLAIN JUGA, Sedekah juga perlu kena pada tempatnya.. silap bagi jatuh HARAM dan kita tanggung dosa,ada yg wajib dan ada yg tidak. Jadi kita kena belajar sebelum berkata atau beri komen. Pahami konsep sebenar sedekah. Sebab dalam islam sendiri tak galakkan penipuan atau syubhah utk perkara yg kita tahu tak elok.

6 Proses Perancangan Kewangan Peribadi Yang Anda Perlu Tahu





Kewangan

a.     Menilai Kedudukan Kewangan Sama Anda

b.     Menetapkan Matlamat Kewangan Peribadi Anda

c.     Menentukan Tindakan Yang Perlu Diambil (Pelan Belanjawan dan Perbelanjaan, Menjejak aliran Wang Tunai)

d.     Menilai Alternatif Yang Akan Memenuhi Matlamat Kewangan Anda (Mengetahui Keperluan Dan Kehendak Anda, Membuat Pilihan Gantian, Menangguh Keputusan)

Kewangan
                

e.     Mewujudkan Pelan Kewangan Anda Dan Melaksanakannya (Produk dan Perkhidmatan Kewangan, Membina Kekayaan, Melindunginya Dengan Insurans, Menguruskan Hutang, Perancangan Cukai)

f.        Mengkaji Dan Menyemak Pelan Kewangan Anda (Berdasarkan Situasi Perubahan Hidup).

5 Julai 2015

5 Langkah Terbaik Perancangan Kewangan

Apakah Itu Perancangan Kewangan?

          Sekiranya anda ingin menjalankan apa-apa aktiviti seperti melancong dan sebagainya, apakah yang perlu anda lakukan? sudah semestinya pelbagai persoalan yang akan timbul bagi memastikan kelancaran aktiviti melancong anda. Begitu juga dengan perancangan kewangan, dimana anda perlu juga merancang hasil pendapat yang diperolehi serta merancang perbelanjaan yang akan dilakukan seperti perbelanjaan bulanan (pinjaman kenderaan, pinjaman perumahan, barang dapur, persekolahan anak dan lain-lain lagi).

          Perancangan kewangan mempunyai perancagan jangka masa panjang dan perancangan jangka masa pendek. Setiap perancangan perlulah melihat matlamat masa depan anda serta keperluan semasa. Ini merangkumi apa yang anda mahukan dalam kehidupan seperti contohnya berkahwin, pembelian kereta, pembelian rumah, keperluan barangan anak dan juga pembiayaan pendidikan anak. Bagi memenuhi hasrat dan impian ini perancangan kewangan yang rapi amat diperlukan bagi penyediaan bajet, belanjawan dan tambahan pendapatan.

5 Langkah Terbaik Perancangan Kewangan

Langkah-Langkah Terbaik Perancangan Kewangan

5 langkah yang penting di dalam perancangan kewangan adalah:
  1. Menilai Kedudukan Kewangan Anda Sekarang.
  2. Menetapkan Matlamat.
  3. Menyediakan Pelan Kewangan.
  4. Melaksanakan Pelan Tersebut.
  5. Memantau Dan Menilai Semula.
         Semestinya ramai orang yang akan menganggap bahawa perancangan kewangan adalah sesuatu yang membebankan dan menjadi penghalang bagi anda untuk melakukan perkara yang menyeronokkan (bersuka ria) dan membazirkan wang. Cuba anda berfikir sejenak, jika anda melakukan penjimatan kewangan @ berjimat cermat didalam perbelanjaan seharian. Sebenarnya anda masih boleh melakukan aktiviti yang menyeronokkan tanpa menjejaskan perbelanjaan anda.

Kelebihan Pelan Kewangan Peribadi 

  • Anda mampu mengawal kewangan anda dan berupaya untuk mengelakkan daripada perbelanjaan yang berlebihan, hutang yang tertunggak, menjadi bankrap dan mengharapkan bantuan orang lain.
  • Akibat tidak mengharapkan bantuan orang lain, perhubungan peribadi anda dengan orang lain akan menjadi erat kerana anda tidak perlu meminjam atau meminta-minta dan sahabat handai, keluarga, rakan sekerja dan lain-lain.
  • Anda tidak berasa bimbang kerana anda telah merancang kewangan masa depan bagi menjangka perbelanjaan dan dapat mencapat matlamat yang ditetapkan.
  • Kehidupan lebih efektif kerana berjaya menggunakan dan melindungi sumber kewangan sepanjang hayat yang mana bukan hanya pada diri sendiri akan tetapi kepada suami/isteri dan anak anda yang tersayang. 
LIHAT SELANJUTNYA

Mata Camey Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign